Skip to main content

HONDA RS150 IACV: IACV PROBLEM? RPM NAIK TINGGI BILA HIDUPKAN ENJIN?

 Hi semua, Salam sejahtera


Masalah IACV saya berlaku selepas isu TPS wujud di milage 24000+km..kemungkinan kedua2nya ini saling berkait. Masalah IACV hadir ketika saya on the way balik semula ke Johor, ketika bahan bakar berkurang dari tangki moto.


SIMPTOM ?

bila hidupkan enjin honda RS150 saya, RPM akan naik tinggi dan kadang2 sukar dikawal.

tengah jalan pun, jika stop di trafik light, rpm akan naik tinggi dan mengaum bising..so, isu ni biasanya disebabkan IACV


IACV

APA TU IACV?

IACV bermaksud Idle Air Control Valve. bahasa mudahnya nak control udara masuk ke ruang pembakaran sewaktu motosikal kita idle (tanpa pulas pendikit atau throttle) iaitu semasa tak bergerak. FUngsi dia mcm choke la pada motor lama yg guna karburator supaya moto mudah di hidupkan dan dalam masa sama injap dikawal dan dikecilkan bila enjin motosikal telah panas.

IACV idling control valve (anak panah, lubang udara yang dikawal)


APA FUNGSI IACV?

Jika kita dah pulas throttle, IACV dah tak digunakan dan valve udara dia akan ditutup sbb udara untuk pembakaran dapat melalu pembukaan valve throttle body. Sebab tu, bila tengak bergerak, masalah IACV ni kurang dikesan/disedari. 

kedudukan IACV di bahagian atas throttle body.



Tapi jika semasa berhenti, atau idling, mencanak RPM dia sbb udara utk pembakaran di perolehi dari IACV. Disebabkan IACV rosak. Jumlah udaranya yang masuk tak betul dan melebihi nisbah bahan bakar. jadi la RPM meraung2 konon2 macam nak tarik perhatian golongan2 wanita kesepian, walaupun tiada niat macam tu.


IACV part berharga lebih kurang RM180+


SOLUTION? 

ada tiga kaedah solusi..

1) solusi sementara sebelum dapat beli part baru, kita boleh cabut dulu connector yang sambung ke IACV dan kita adjust manually lubang udara IACV supaya RPM nya tak terlalu tinggi bila enjin di hidupkan atau idle. (kos free, check enjin light masih menyala, rpm mgkn tak stabil kadang2)

2) solusi kedua adalah dengan beli manual IACV, harga lebih murah berbanding IACV original yang asal. Tetapi, kita perlu adjust idling level manually. harga Manual IACV dalam RM20-30 shj. (kos murah, check engine light masih menyala, rpm stabil, tetapi ECU xdapat detail nisbah udara semasa idling)

3) solusi terakhir yang paling baik adalah dengan gantikan IACV original semula. Harga dalam RM180+ ke 200+. Namun ini adalah permanent fix. so, ianya yang baik. cuma, harganya mahal.


KESIMPULAN 

selepas tukar IACV, dah jalan 8000+km.. dan masih ok..so hopefully isu ni dah setel.


terima kasih kerana sudi bertandang.

Comments

  1. boss.motor saya bila idling, enjin mati..adakah ia masalah IACV?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan besar iacv tuan..mungkin valve diabtertutup tu..dah stuck kt close position..cuba check tgk..pastikan isu2 lain mcm spark plug, penapis udara dlm keadaan baik. supaya dpt remove dr kemungkinan penyebabnya.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HONDA RS150 TPS: RPM TAK STABIL BILA NOT ON THROTTLE DAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera Isu TPS ni berlaku pada tahun lepas, Ogos 2020 (milage dalam 24000km, baru dua tahun pakai) sewaktu saya on the way ke KL Masa tu tunggang motor full throttle yang menyebabkan RPM nya selalu mencecah ke CUT-OFF (utk makluman, honda RS150 saya ni tak guna ECU custom, masih guna yang standard). Jadi saya perasan, bila selalu tunggang pada RPM yang sampai CUTT-OFF, ini menyebabkan kesan tak baik pada TPS..jadi utk yang belum jadi problem TPS ni..boleh la cepat ganti ECU ke ECU yang tanpa cutoff. APA TU TPS? TPS bermaksud Throttle positioning sensor..bahasa mudahnya alat ni bertujuan untuk mengesan kedudukan throttle body valve dimana udara masuk ke enjin untuk pembakaran. Dengan itu, baru la ECU tahu berapa banyak bahan bakar yang perlu utk pembakaran berdasarkan bukaan valve tu.  Bila TPS dah problem, TPS akan memberi maklumat yang salah pada ECU berkenaan besar mana valve tu buka, jadi nisbah bahan api dan udara jadi tak betul la. maka, tu yang ja...

AXIA E: UNTUK PASANG RADIO DAN SPEAKER, APA YANG DAH ADA DAN YANG PERLU KITA BELI?

 Salam semua,  baru purchased Kereta Axia E, kereta manual dan sangat basic, tetapi selesa dan jimat minyak untuk jalan dekat-dekat. KENAPA NAK PASANG RADIO PULAK? ok, kali ni nak tulis pasal pemasangan radio dan speaker pada axia E..axia E ni basic dan tiada radio player serta speaker. Jadi, takkan la naik kereta ..nak rase kesunyian saje kan? jadi kena la ada radio, boleh la sambil2 pusing2 ambil anak sekolah ada shopping barang, dapat juga dengar radio. SEBELUM BELI BARANG, APA TANG DAH TERSEDIA UNTUK AXIA E NI? Tapi untuk pasang radio, perlu la check dulu apa yang dah ada dan apa yang tiada. Dibawah saya senaraikan apa yang dah ada, kemudian baru decide apa yang perlu dibeli berdasarkan apa yang dah tersedia 1) Antenna dan cable antenna dah ada (termasuk sambungannya utk ke set radio-Fig 1).. 2) Cable untuk speaker hadapan juga dah ada hingga ke male connector (rujuk Fig 1 dimana sambungan cable darispeaker hadapan sehingga ke male connector) . 3) sambungan kabel dan conne...