Skip to main content

HONDA RS150 TPS: RPM TAK STABIL BILA NOT ON THROTTLE DAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Isu TPS ni berlaku pada tahun lepas, Ogos 2020 (milage dalam 24000km, baru dua tahun pakai) sewaktu saya on the way ke KL Masa tu tunggang motor full throttle yang menyebabkan RPM nya selalu mencecah ke CUT-OFF (utk makluman, honda RS150 saya ni tak guna ECU custom, masih guna yang standard). Jadi saya perasan, bila selalu tunggang pada RPM yang sampai CUTT-OFF, ini menyebabkan kesan tak baik pada TPS..jadi utk yang belum jadi problem TPS ni..boleh la cepat ganti ECU ke ECU yang tanpa cutoff.

APA TU TPS?

TPS bermaksud Throttle positioning sensor..bahasa mudahnya alat ni bertujuan untuk mengesan kedudukan throttle body valve dimana udara masuk ke enjin untuk pembakaran. Dengan itu, baru la ECU tahu berapa banyak bahan bakar yang perlu utk pembakaran berdasarkan bukaan valve tu. 

Bila TPS dah problem, TPS akan memberi maklumat yang salah pada ECU berkenaan besar mana valve tu buka, jadi nisbah bahan api dan udara jadi tak betul la. maka, tu yang jadi semput la, tetiba memecut la, rpm tak stabil la.

Jika moto lama guna karburator yang bukaan valve udaranya di sambung dengan kable to throtlle motosikal kita. sama juga dengan RS150, cuma RS150 ada fuel injection yang dikawal oleh ECU. Sebab tu dia perlu tahu berapa bukaan valve dari TPS supaya nisbah bahan api dan udara tepat demi kelancaran dan fuel efficiency yang baik.

gambar dibawah menunjukkan TPS moto saya yang rosak.
TPS Keihin depan
TPS Keihin belakang




SIMPTOM?

Check engine light menyala (ada pattern blink nya) tapi saya kurang pasti, RPM tidak stabil bila pendikit tidak di pulas. rpm tidak stabil. Motosikal masih boleh ditunggang..cuma mungkin tidak efficient dan akan menggunakan bahan bakar yang lebih.

lain2 simptom adalah..bila tengah pandu, power kurang dan rasa tak pergi bila pulas throttle atau tiba2 tengah rileks tunggang moto, tiba-tiba moto macam memecut sendiri. ni terjadi sebab TPS dah faulty dan signal yang di hantar/diterima ke/dari ECU tidak betul menyebabkan kadar pembukaan valve udara tidak betul.

Lihat video di bawah untuk simptom TPS. jika sama..tu sbb TPS la.



SEBAB APA TPS BOLEH ROSAK? 

kerap menunggang melebihi cut off. 

Biasanya..bila kita tunggnag melebihi cutoff rpm yang ECU tetapkan, ECU akan hantar signal ke fuel injector untuk kurangkan fuel atau stop fuel  supaya laju dapat dikurangkan (jadi hilang kuasa tiba2 waktu RPM di cutoff) dan ini biasanya secara mengejut. Bila situasi ni kerap berlaku, ianya boleh merosakkan TPS, mungkin di sebabkan oleh voltage surge tanpa sengaja sewaktu condition ni.


SOLUTION? 

Tiada solusi sementara..memang kena tukar TPS baru..sebaiknya yang original dan elakkan menunggang melebihi cutoff rpm motosikal atau tukar ECU kepada yang tiada cutoff..

untuk saya..saya masih kekalkan ECU yang original demi menjaga kesihatan enjin motosikal saya. Harga TPS yang saya beli online dalam RM70-80 brand yang sama (Keihin) dan saya tukar sendiri.

Old and New TPS






Tapi untuk tukar TPS pun perlukan skill juga kerana ruang yang terhad di kedudukan TPS tu. Perlu buka beberapa komponen untuk bagi ruang utk keluarkan TPS tu. Jadi sebaiknya dapatkan nasihat pada yang pernah buat atau buat di kedai bagi mengelakkan kerosakan pada komponen lain.


KESIMPULAN

Sejak tukar TPS dari Ogos 2020 sehingga sekarang, semuanya masih ok walaupun selalu melenjan motosikal, cumanya jika RPM menghampiri cutoff sewaktu mengunggang, saya akan lebih berhati2 supaya kejadian TPS rosak tidak berlaku sekali lagi.


terima kasih kerana sudi singgah

Comments

Popular posts from this blog

HONDA RS150 IACV: IACV PROBLEM? RPM NAIK TINGGI BILA HIDUPKAN ENJIN?

 Hi semua, Salam sejahtera Masalah IACV saya berlaku selepas isu TPS wujud di milage 24000+km..kemungkinan kedua2nya ini saling berkait. Masalah IACV hadir ketika saya on the way balik semula ke Johor, ketika bahan bakar berkurang dari tangki moto. SIMPTOM  ? bila hidupkan enjin honda RS150 saya, RPM akan naik tinggi dan kadang2 sukar dikawal. tengah jalan pun, jika stop di trafik light, rpm akan naik tinggi dan mengaum bising..so, isu ni biasanya disebabkan IACV IACV APA TU IACV? IACV bermaksud Idle Air Control Valve. bahasa mudahnya nak control udara masuk ke ruang pembakaran sewaktu motosikal kita idle (tanpa pulas pendikit atau throttle) iaitu semasa tak bergerak. FUngsi dia mcm choke la pada motor lama yg guna karburator supaya moto mudah di hidupkan dan dalam masa sama injap dikawal dan dikecilkan bila enjin motosikal telah panas. IACV idling control valve (anak panah, lubang udara yang dikawal) APA FUNGSI IACV? Jika kita dah pulas throttle, IACV dah tak digunakan dan va...

HONDA RS150 FUEL CONSUMPTION AT VARIOUS SPEED

Hi semua, selepas sebulan setengah menggunakan honda rs150r untuk ke tempat kerja...berikut dibawah yang dapat saya simpulkan dari segi kadar penggunaan petrol. data diambil menggunakan minyak ron95 dan mix city and inter-city riding. riding kadang-kadang rilex dan kadang aggressive dan ade beberapa trafik light di laluan tersebut. maka, halaju tidak tetap tetapi laju maksimum adalah seperti yang dinyatakan pada bacaan yang dinyatakan.  manakala, pemanduan di highway pula, halaju lebih tetap dan bacaan yang direkodkan di highway adalah semasa ke kuala lumpur. distance dari rumah ke tempat kerja adalah 82 km..jadi ,penting bagi saya untuk tahu, pada laju manakah yang paling baik supaya saya dapat pergi dan balik hanya dengan sekali isian sahaja.. berikut adalah bacaan rekod jarak kilometer melawan halaju bagi honda rs150r. Fig 1: bacaan halaju 80km/h dan kadar penggunaan petrol bagi honda RS150R Fig 2: bacaan halaju 90km/h dan kadar penggunaan pet...