Salam semua, Jarak harian ke office yang agak jauh menyebabkan saya terpaksa upgrade tangki bahan api Honda rs150 saya ke saiz 6.5 liter. Standard tangki bahan api bagi RS150 adalah 4.5 liter sahaja (Fig 1). Fig 1: Standard honda RS150 mempunyai siz tangki bahan api asal 4.5 liter sahaja. Kebiasaannya, jika isi full tank di rumah, tunggangan pada kadar kelajuan 100km/j pe ke opis dan balik (jarak dalam 80km pergi + 80km balik), biasanya sampai di rumah dah kena ready untuk isi semula petrol. Bakinya tinggal sikit sahaja..Jika merempit dan bawa full throttle, memang tak cukup la gayanya KENAPA NAK TUKAR TANGKI? Namun, jika memecut dengan kadar kelajuan 120-130km/j, kena bersedia la untuk isi petrol semula di pertengahan jalan semasa pulang dari kerja. Jadi, untuk lebih rasa selamat, keputusan dibuat untuk upgrade tangki bahan api ke size 6.5 liter dari saiz asal 4.5 liter MANA NAK BELI? Harga tangki saiz 6.5 liter (Fig 2 dan Fig 3) ni dalam RM100+ di shoppe atau lazada. dan kita bo...
BRIAN LIFE AND TECH
sharing about diy on vehicles, motorcycles, electrical and electronic devices