Skip to main content

AXIA E: UNTUK PASANG RADIO DAN SPEAKER, APA YANG DAH ADA DAN YANG PERLU KITA BELI?

 Salam semua, 

baru purchased Kereta Axia E, kereta manual dan sangat basic, tetapi selesa dan jimat minyak untuk jalan dekat-dekat.




KENAPA NAK PASANG RADIO PULAK?

ok, kali ni nak tulis pasal pemasangan radio dan speaker pada axia E..axia E ni basic dan tiada radio player serta speaker. Jadi, takkan la naik kereta ..nak rase kesunyian saje kan? jadi kena la ada radio, boleh la sambil2 pusing2 ambil anak sekolah ada shopping barang, dapat juga dengar radio.


SEBELUM BELI BARANG, APA TANG DAH TERSEDIA UNTUK AXIA E NI?

Tapi untuk pasang radio, perlu la check dulu apa yang dah ada dan apa yang tiada. Dibawah saya senaraikan apa yang dah ada, kemudian baru decide apa yang perlu dibeli berdasarkan apa yang dah tersedia

1) Antenna dan cable antenna dah ada (termasuk sambungannya utk ke set radio-Fig 1)..

2) Cable untuk speaker hadapan juga dah ada hingga ke male connector (rujuk Fig 1 dimana sambungan cable darispeaker hadapan sehingga ke male connector) .

3) sambungan kabel dan connector untuk power supply dan speaker hadapan telah tersedia di dalam dashboard untuk sambungan terus ke radio, hanya perlu speaker sahaja untuk bahagian hadapan.

Fig 1: Sambungan di dlm dashboard axia E.


*tiada speaker, radio player dan cable pendawaian ke speaker belakang. Makanya, connector sebelah kanan yang ke speaker belakang dalam Fig 1 tiada dalam Axia E.


APA YANG PERLU DI BELI

beberapa barang yang perlu dibeli untuk 

1) Cable pendawaian dari set radio player ke speaker belakang (Fig 2). Cable ni seeloknya beli yang baik. Jangan yang murah. nanti rintangan kedua-dua belakang speaker kiri kanan tak sama, boleh sebabkan volume tak se imbang. Pastikan juga panjang ke dua-dua cable untuk speaker belakang kiri dan kanan sama panjang.

Fig 2: 2 Core AWG18 Pure copper Cable speaker RM18


2) Set radio player (online retail dlm RM60+). Saya beli yang murah sahaja. janji ada radio dan usb untuk dengar lagu. Rujuk Fig 3 dibawah

Fig 3: Set radio model SWM-80A berharga RM65


3) Set speaker depan dan belakang (Cost around RM230+). Set speaker ni saya ambil yang ok sikit supaya bunyi musicnya sedap didengar dan tak pecah. dan memang Mohawk tak mengecewakan. cuma harga agak mahal sikit.

Fig 4: Set speaker depan belakang berharga RM235

4) Clip connector untuk speaker belakang dari cable (hanya beberapa ringgit sahaja)

macam sy..tak jadi beli..sebab, dari cable ke speaker belakang, saya terus soldered directly to speaker pin. tapi utk yang nak kemas dan mudah dicabut, boleh la pasang connector.

5) Axia female radio conenctor untuk sambungan dari axia male connector (connector ni menyambungkan ke supply system dan juga ke speaker hadapan) ke set radio player. jadi, utk  ke speaker belakakng..wiring dari radio ke speaker belakang diperlukan. Sila rujuk ke Fig 5 utk gambaran female connector yang perlu dibeli.cable dan connector sebelah kanan tu takkan guna.

Fig 5: female connector berharga dalam RM15 sahaja


Diharap guide ini membantu semua untuk dapat idea dan persediaan.

Comments

  1. Brapa panjang ya cable yg diperlukan dari speaker hingga head unit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh agak2 tuan..dalam 3.5-4 meter utk setiap side..beli lebih takpa..boleh guna utk lain juga..sy pun beli lebih..byk extra tersimpan.

      Delete
  2. bang nak tanya itu wiring mcm mana setting ya

    ReplyDelete
  3. sbb i nak tarik wire dari blkg tapi knp nak guna female connector selain drpd male connector, fungsinya mana ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HONDA RS150 TPS: RPM TAK STABIL BILA NOT ON THROTTLE DAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera Isu TPS ni berlaku pada tahun lepas, Ogos 2020 (milage dalam 24000km, baru dua tahun pakai) sewaktu saya on the way ke KL Masa tu tunggang motor full throttle yang menyebabkan RPM nya selalu mencecah ke CUT-OFF (utk makluman, honda RS150 saya ni tak guna ECU custom, masih guna yang standard). Jadi saya perasan, bila selalu tunggang pada RPM yang sampai CUTT-OFF, ini menyebabkan kesan tak baik pada TPS..jadi utk yang belum jadi problem TPS ni..boleh la cepat ganti ECU ke ECU yang tanpa cutoff. APA TU TPS? TPS bermaksud Throttle positioning sensor..bahasa mudahnya alat ni bertujuan untuk mengesan kedudukan throttle body valve dimana udara masuk ke enjin untuk pembakaran. Dengan itu, baru la ECU tahu berapa banyak bahan bakar yang perlu utk pembakaran berdasarkan bukaan valve tu.  Bila TPS dah problem, TPS akan memberi maklumat yang salah pada ECU berkenaan besar mana valve tu buka, jadi nisbah bahan api dan udara jadi tak betul la. maka, tu yang ja...

HONDA RS150 IACV: IACV PROBLEM? RPM NAIK TINGGI BILA HIDUPKAN ENJIN?

 Hi semua, Salam sejahtera Masalah IACV saya berlaku selepas isu TPS wujud di milage 24000+km..kemungkinan kedua2nya ini saling berkait. Masalah IACV hadir ketika saya on the way balik semula ke Johor, ketika bahan bakar berkurang dari tangki moto. SIMPTOM  ? bila hidupkan enjin honda RS150 saya, RPM akan naik tinggi dan kadang2 sukar dikawal. tengah jalan pun, jika stop di trafik light, rpm akan naik tinggi dan mengaum bising..so, isu ni biasanya disebabkan IACV IACV APA TU IACV? IACV bermaksud Idle Air Control Valve. bahasa mudahnya nak control udara masuk ke ruang pembakaran sewaktu motosikal kita idle (tanpa pulas pendikit atau throttle) iaitu semasa tak bergerak. FUngsi dia mcm choke la pada motor lama yg guna karburator supaya moto mudah di hidupkan dan dalam masa sama injap dikawal dan dikecilkan bila enjin motosikal telah panas. IACV idling control valve (anak panah, lubang udara yang dikawal) APA FUNGSI IACV? Jika kita dah pulas throttle, IACV dah tak digunakan dan va...

HONDA RS150 FUEL CONSUMPTION AT VARIOUS SPEED

Hi semua, selepas sebulan setengah menggunakan honda rs150r untuk ke tempat kerja...berikut dibawah yang dapat saya simpulkan dari segi kadar penggunaan petrol. data diambil menggunakan minyak ron95 dan mix city and inter-city riding. riding kadang-kadang rilex dan kadang aggressive dan ade beberapa trafik light di laluan tersebut. maka, halaju tidak tetap tetapi laju maksimum adalah seperti yang dinyatakan pada bacaan yang dinyatakan.  manakala, pemanduan di highway pula, halaju lebih tetap dan bacaan yang direkodkan di highway adalah semasa ke kuala lumpur. distance dari rumah ke tempat kerja adalah 82 km..jadi ,penting bagi saya untuk tahu, pada laju manakah yang paling baik supaya saya dapat pergi dan balik hanya dengan sekali isian sahaja.. berikut adalah bacaan rekod jarak kilometer melawan halaju bagi honda rs150r. Fig 1: bacaan halaju 80km/h dan kadar penggunaan petrol bagi honda RS150R Fig 2: bacaan halaju 90km/h dan kadar penggunaan pet...