Skip to main content

HONDA RS150: UPGRADE TANGKI BAHAN API KEPADA YANG LEBIH BESAR

 Salam semua,

Jarak harian ke office yang agak jauh menyebabkan saya terpaksa upgrade tangki bahan api Honda rs150 saya ke saiz 6.5 liter. Standard tangki bahan api bagi RS150 adalah 4.5 liter sahaja (Fig 1).

Fig 1: Standard honda RS150 mempunyai siz tangki bahan api asal 4.5 liter sahaja.

Kebiasaannya, jika isi full tank di rumah, tunggangan pada kadar kelajuan 100km/j pe ke opis dan balik (jarak dalam 80km pergi + 80km balik), biasanya sampai di rumah dah kena ready untuk isi semula petrol. Bakinya tinggal sikit sahaja..Jika merempit dan bawa full throttle, memang tak cukup la gayanya

KENAPA NAK TUKAR TANGKI?

Namun, jika memecut dengan kadar kelajuan 120-130km/j, kena bersedia la untuk isi petrol semula di pertengahan jalan semasa pulang dari kerja.

Jadi, untuk lebih rasa selamat, keputusan dibuat untuk upgrade tangki bahan api ke size 6.5 liter dari saiz asal 4.5 liter


MANA NAK BELI?

Harga tangki saiz 6.5 liter (Fig 2 dan Fig 3) ni dalam RM100+ di shoppe atau lazada. dan kita boleh buat pemasangan sendiri atau hantar di kedai.


Fig 2: Top view of RS150 6.5l fuel tank



Fig 3: Side view of RS150 6.5l fuel tank


SUSAH KER NAK PASANG?

kaedah pemasangan (Fig 4 dan Fig 5) agak tangki 6.5L agak straight forward, namun melibatkan banyak buka cover, buka seat, buka cover set dan juga paling penting, tangki perlu dikosongkan dahulu. Jika tak, melimpahla alamatnya.

Fig 4: Cover set, fuel pump, tangki asal dan seat dah dibuka

Fig 5: Fuel tank baru yang telah dipasang sebelum cover set dipasang semula

Seterusnya, selepas siap pasang, moto di test dan berfungsi dengan baik tanpa isu.


ISU SUSAH NAK LOCKKAN SEAT

bila dah pasangkan tangki besar..perlu sikit adjustment pada seat asal. kena remove penahan rubber yg ada pada seat supaya seat dapat di kunci dengan baik pada body.


Diharap perkongsian ini membantu.

Terima kasih kerana melawat.


Comments

Popular posts from this blog

HONDA RS150 TPS: RPM TAK STABIL BILA NOT ON THROTTLE DAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera Isu TPS ni berlaku pada tahun lepas, Ogos 2020 (milage dalam 24000km, baru dua tahun pakai) sewaktu saya on the way ke KL Masa tu tunggang motor full throttle yang menyebabkan RPM nya selalu mencecah ke CUT-OFF (utk makluman, honda RS150 saya ni tak guna ECU custom, masih guna yang standard). Jadi saya perasan, bila selalu tunggang pada RPM yang sampai CUTT-OFF, ini menyebabkan kesan tak baik pada TPS..jadi utk yang belum jadi problem TPS ni..boleh la cepat ganti ECU ke ECU yang tanpa cutoff. APA TU TPS? TPS bermaksud Throttle positioning sensor..bahasa mudahnya alat ni bertujuan untuk mengesan kedudukan throttle body valve dimana udara masuk ke enjin untuk pembakaran. Dengan itu, baru la ECU tahu berapa banyak bahan bakar yang perlu utk pembakaran berdasarkan bukaan valve tu.  Bila TPS dah problem, TPS akan memberi maklumat yang salah pada ECU berkenaan besar mana valve tu buka, jadi nisbah bahan api dan udara jadi tak betul la. maka, tu yang ja...

HONDA RS150 IACV: IACV PROBLEM? RPM NAIK TINGGI BILA HIDUPKAN ENJIN?

 Hi semua, Salam sejahtera Masalah IACV saya berlaku selepas isu TPS wujud di milage 24000+km..kemungkinan kedua2nya ini saling berkait. Masalah IACV hadir ketika saya on the way balik semula ke Johor, ketika bahan bakar berkurang dari tangki moto. SIMPTOM  ? bila hidupkan enjin honda RS150 saya, RPM akan naik tinggi dan kadang2 sukar dikawal. tengah jalan pun, jika stop di trafik light, rpm akan naik tinggi dan mengaum bising..so, isu ni biasanya disebabkan IACV IACV APA TU IACV? IACV bermaksud Idle Air Control Valve. bahasa mudahnya nak control udara masuk ke ruang pembakaran sewaktu motosikal kita idle (tanpa pulas pendikit atau throttle) iaitu semasa tak bergerak. FUngsi dia mcm choke la pada motor lama yg guna karburator supaya moto mudah di hidupkan dan dalam masa sama injap dikawal dan dikecilkan bila enjin motosikal telah panas. IACV idling control valve (anak panah, lubang udara yang dikawal) APA FUNGSI IACV? Jika kita dah pulas throttle, IACV dah tak digunakan dan va...

HONDA RS150 FUEL CONSUMPTION AT VARIOUS SPEED

Hi semua, selepas sebulan setengah menggunakan honda rs150r untuk ke tempat kerja...berikut dibawah yang dapat saya simpulkan dari segi kadar penggunaan petrol. data diambil menggunakan minyak ron95 dan mix city and inter-city riding. riding kadang-kadang rilex dan kadang aggressive dan ade beberapa trafik light di laluan tersebut. maka, halaju tidak tetap tetapi laju maksimum adalah seperti yang dinyatakan pada bacaan yang dinyatakan.  manakala, pemanduan di highway pula, halaju lebih tetap dan bacaan yang direkodkan di highway adalah semasa ke kuala lumpur. distance dari rumah ke tempat kerja adalah 82 km..jadi ,penting bagi saya untuk tahu, pada laju manakah yang paling baik supaya saya dapat pergi dan balik hanya dengan sekali isian sahaja.. berikut adalah bacaan rekod jarak kilometer melawan halaju bagi honda rs150r. Fig 1: bacaan halaju 80km/h dan kadar penggunaan petrol bagi honda RS150R Fig 2: bacaan halaju 90km/h dan kadar penggunaan pet...