Skip to main content

MODENAS CT100: SUDDEN DROP IN POWER WHEN AT FULL THROTTLE

Hi semua,

Sejak  beberapa hari lepas, motosikal CT100 (Figure 1) mengalami masalah tiba2 drop-in-power. Masalah ni ni berlaku ketika  keadaan full throttle. Apabila dipandu pada kelajuan sederhana sehingga ke 90% pulasan pendikit, kuasa motosikal kebiasaanyya tiada masalah. Hanya ketika full throttle sahaja, kadang2 masalah loss in power ni muncul.

Figure 1: Modenas CT100


Disebabkan motosikal ni digunakan utk perjalanan long distance ke tempat kerja, 82km sehala...oleh yg demikian, masalah ini perlu diselesaikan sesegera yang mungkin bagi mengelakkan masalah enjin mati di dlm perjalanan atau terkandas di tengah perjalanan.


Troubleshooting the problem:

Maka, sy ambil pendekatan untuk bertanya kepada beberapa mekanik. Hasilnya, masalah mungkin berpunca dari beberapa sebab iaitu, samada spark plug defect, coil magnet dah weak, cdi dah nak rosak, empat nut palang pada blok enjin atau carburator leak.


1) Spark plug
Figure 2: Spark plug NGK yang biasa digunakan untuk CT100


Spark plug yang tidak baik merupakan salah satu sebab kehilangan kuasa (loss in power) kepada motosikal. Jadi, boleh cuba check atau tukar spark plug dahulu sebelum membuat atau membaiki bende2 lain yang lebih susah dan yang berkos lebih mahal. Harga spark plug kebiasaannya dibawah RM5 dan mudah di dapati di mana-mana bengkel. 


2) karburator
Figure 3: Karburator. Foto-internet

Figure 4: Lokasi karburator

Satu lagi, disebabkan pemasangan carburator yang tidak kemas. Ini juka boleh menjadi penyebab motosikal boleh tiba2 kehilangan kuasa. biasa, keadaan carburator boleh di tentukan selepas pemanduan motosikal, dimana sekiranya badan karburator panas, maka, ianya berfungsi dengan baik. Check juga pemasangan pada body enjin samada kemas atau tidak.

3) CDI
Figure 5: CDI bagi modenas CT100. Foto-internet

CDI yang tidak Ok juga boleh menjadi penyebab kepada kehilangan kuasa. tujuan CDI adalah menyediakan api kepada spark plug. Jadi, CDI yang lemah biasanya menyebabkan ianya tidak dapat menyediakan api yang mencukupi terutama pada pulasan pendikit yang tinggi dimana minyak akan overflow (terlebih) disebabkan tidak cukup api untuk membakar petrol yang ditembak ke combustion chamber. Disebabkan itulah berlakunya loss in power.

4) Empat Nat Pengikat Blok Enjin.


Figure 6: Nat pengikat blok enjin.

Part ni boleh di check dengan cuba mengetatkan nat bahagian enjin. Nat yang longgar boleh menyebabkan combustion process berlaku dengan tidak baik (kebuk tidak dalam keadaan vacumm atau isolate) seterusnya boleh menyebabkan berlaku kehilangan kuasa..jadi cuba check andai nat nya longgar. Terutamanya bagi enjin yang pernah dibuka untuk membujat penyenggaraan.

5) Coil Magnet (Alternator)
Figure 7: Contoh coil magnet spt yang terdapat dlm modenas CT100. Foto-internet

Figure 8: Lokasi coil magnet pada ct100

Coil magnet berfungsi sebagai electrical power generator untuk motor. Tanpa coil magnet, motosikal tidak boleh dihidupkan kerana api dari CDI diambil terus dari coil magnet. Jadi, Coil magnet yang lemah juga akan menyebabkan CDI menerima api (arus dalam [A]) yang lemah, seterusnya menyebabkan kurangnya api pada spark plug, yang mana pembakaran tidak dapat berlaku dengan baik.

Coil magnet juga menyediakan power kepada sistem elektrik utama pada motosikal iaitu Lampu depan, mengecas bateri dan lampu brek. Boleh rujuk litar skematik elektrik bagi modenas CT100 pada link disebelah: litar skematik elektrik Modenas CT100


Konklusi dari Troubleshoot Masalah yg Mungkin:

Berdasarkan kelima2 kemungkinan tersebut, sy mengambil pendekatan untuk cuba menukar spark plug dahulu dan melihat kesannya. Menukar spark plug merupakan pilihan solusi yg paling mudah untuk dicuba dan kosnya juga murah. Seandainya, selepas menukar spark plug, masalah kehilangan kuasa masih wujud, maka, penyelasaian seterusnya boleh dicuba.

Selepas perjalanan sejauh 600+km pergi dan balik kerja, masalah kehilangan kuasa seperti sudah tiada. Namun, saya akan update semula sekiranya masalah ini surface semula.

Namun diharap, artikel ini membantu memberi idea atau panduan troubleshoot bagi sesiapa yang menghadapi masalah yang sama.

Terima kasih


Comments

  1. Kalau nak tukar spark plug kena buka body kan motor ct100 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpayah bro..sonang sgt..kat tepi jer access ke spark plug nyer..xperlu buka body cover pun

      Delete
    2. Thank you bro. Motor baru lepas eksiden nak kena hantar servis sebab spark plug cepat sangat hitam walau baru ganti and dah ganti minyak hitam. Any idea?

      Delete
    3. spark plug basah ker?ade keluar asap putih ker kat exzos khairul kalo pulas throthle? ada kemungkinan pembakaran xok tu..mungkin api dari katab..nak kene tgk...cuba dptkn pendapat kedai..semoga dipermudahkan urusan

      Delete
  2. Hi, saya nak cerita masalah di mana apabila saya pusing throttle, throttle tersebut kekal pada tahap yg saya pusing, sebelum ini jikalau saya pusing throttle auto kembali kepada asal....mohon penjelasan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mr black..pernah tukar handgrip untuk throttle ker?takut handgrip yang baru tu xsama size dan sangkut dgn handle..tu pun ade kemungkinan..satu lagi, mgkn juga throttle cable yang ke carburator?cuba lubricate semula..diharap membantu

      Delete
  3. terima kasih mr black..pernah tukar handgrip untuk throttle ker?takut handgrip yang baru tu xsama size dan sangkut dgn handle..tu pun ade kemungkinan..satu lagi, mgkn juga throttle cable yang ke carburator?cuba lubricate semula..diharap membantu

    ReplyDelete
  4. EO ct100 ni berapa ml ye? Atau letak terus 1 liter, buku manual dah hilang pulak nak tengok, thank you in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ct100 saya dah lama terjual..skrg pakai motor lain dah..tp seingat saya, amount dalam 0.9liter..ade lebihan yang boleh dikumpul. semoga membvantu

      Delete
  5. Brian bro,tailight tak menyala la plak,you pakai cT100 ni da brp tahun ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tail light biasanya tukar mentol shj..ct100 guna sejak 2014.

      Delete

Post a Comment