Skip to main content

HONDA RS150 DOUBLE SIGNAL: TUKAR SUIS SIGNAL ASAL KEPADA FUNGSI DOUBLE SIGNAL

Salam semua

lampu kecemasan atau hazard light atau double signal  merupakan satu kemestian jika selalu memandu jarak jauh dan ada kecemasan.

Tapi, honda RS150 tidak didatangkan dengan hazard light. Oleh itu, kali ni saya membuat pemasangan hzard light untuk motosikal ini.



APA SPARE PART PERLU ADA?

Ada dua part yang perlu di tukar, switch dan juga relay.

Spare part boleh dapat di pelbagai tempat, tapi paling senang dan murah adalah di online retailer seperti shopee. Detail nya seperti dibawah:

hazard light switch(double signal) + koyoko relay RM13 (dari shopee)


KAT MANE LOKASI SWITCH DAN RELAY?

yang paling utama adalah untuk tahu dimana lokasi hazard switch dan relay.
Bagi hazard swicth, kita gantikan dari signal switch. jadi suis ini mempunyai tiga fungsi la selepas ini iaitu signal kiri, signal kanan dan lampu double signal.

Lokasi suis double signal

Untuk pemasangan suis ni, runangan asal segiempat suis signal ini perlu di besarkan sedikit untuk allocate saiz suis double signal yang lebih besar.

Seterusnya, lokasi relay adalah didalam casing lampu dan berada di belakang LED headlamp.
relay asal berwarna hitam (dipegang pada bawah meter)


SEBELUM TUKAR RELAY DAN SUIS, APA PERLU BUAT?

kenala buka dulu casing kepala Honda RS150 ni..ada beberapa screw yang perlu di buka untuk dapat access kepada suis signal dan relay ini. Lihat rajah dibawah untuk kedudukan screw.
screw di tepi tengkuk handle. Dua di kiri dan kanan

allen key nut di bahagian cover

Rajah diatas menunjuk allen key nut di bahagian cover. Lepas buka, akan ade lagi screw yang perlu dibuka didalamnya sebelum kepala handle motosikal dapat dibuka (rujuk rajah dibawah)

kepala handle yang telah di buka



KAEDAH PEMASANGAN?

Cara pasang relay dan suis ni amat mudah, dan tidak mengambil masa lama. 30 minit pun dah memadai untuk tukar kedua2 relay dan suis.

Gambar penukaran suis double signal

Gambar penukaran relay

Bagi suis signal, perlu korek sedikit untuk besarkan ruang suis supaya muat suis double signal. manakala relay, hanya perlu plug and play selepas buka relay yang asal.


HASILNYA?

Boleh rujuk video dibawah untuk signal depan dan belakang.


Terima kasih kerana membaca

Comments

Popular posts from this blog

HONDA RS150 TPS: RPM TAK STABIL BILA NOT ON THROTTLE DAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera Isu TPS ni berlaku pada tahun lepas, Ogos 2020 (milage dalam 24000km, baru dua tahun pakai) sewaktu saya on the way ke KL Masa tu tunggang motor full throttle yang menyebabkan RPM nya selalu mencecah ke CUT-OFF (utk makluman, honda RS150 saya ni tak guna ECU custom, masih guna yang standard). Jadi saya perasan, bila selalu tunggang pada RPM yang sampai CUTT-OFF, ini menyebabkan kesan tak baik pada TPS..jadi utk yang belum jadi problem TPS ni..boleh la cepat ganti ECU ke ECU yang tanpa cutoff. APA TU TPS? TPS bermaksud Throttle positioning sensor..bahasa mudahnya alat ni bertujuan untuk mengesan kedudukan throttle body valve dimana udara masuk ke enjin untuk pembakaran. Dengan itu, baru la ECU tahu berapa banyak bahan bakar yang perlu utk pembakaran berdasarkan bukaan valve tu.  Bila TPS dah problem, TPS akan memberi maklumat yang salah pada ECU berkenaan besar mana valve tu buka, jadi nisbah bahan api dan udara jadi tak betul la. maka, tu yang ja...

HONDA RS150 IACV: IACV PROBLEM? RPM NAIK TINGGI BILA HIDUPKAN ENJIN?

 Hi semua, Salam sejahtera Masalah IACV saya berlaku selepas isu TPS wujud di milage 24000+km..kemungkinan kedua2nya ini saling berkait. Masalah IACV hadir ketika saya on the way balik semula ke Johor, ketika bahan bakar berkurang dari tangki moto. SIMPTOM  ? bila hidupkan enjin honda RS150 saya, RPM akan naik tinggi dan kadang2 sukar dikawal. tengah jalan pun, jika stop di trafik light, rpm akan naik tinggi dan mengaum bising..so, isu ni biasanya disebabkan IACV IACV APA TU IACV? IACV bermaksud Idle Air Control Valve. bahasa mudahnya nak control udara masuk ke ruang pembakaran sewaktu motosikal kita idle (tanpa pulas pendikit atau throttle) iaitu semasa tak bergerak. FUngsi dia mcm choke la pada motor lama yg guna karburator supaya moto mudah di hidupkan dan dalam masa sama injap dikawal dan dikecilkan bila enjin motosikal telah panas. IACV idling control valve (anak panah, lubang udara yang dikawal) APA FUNGSI IACV? Jika kita dah pulas throttle, IACV dah tak digunakan dan va...

HONDA RS150 FUEL CONSUMPTION AT VARIOUS SPEED

Hi semua, selepas sebulan setengah menggunakan honda rs150r untuk ke tempat kerja...berikut dibawah yang dapat saya simpulkan dari segi kadar penggunaan petrol. data diambil menggunakan minyak ron95 dan mix city and inter-city riding. riding kadang-kadang rilex dan kadang aggressive dan ade beberapa trafik light di laluan tersebut. maka, halaju tidak tetap tetapi laju maksimum adalah seperti yang dinyatakan pada bacaan yang dinyatakan.  manakala, pemanduan di highway pula, halaju lebih tetap dan bacaan yang direkodkan di highway adalah semasa ke kuala lumpur. distance dari rumah ke tempat kerja adalah 82 km..jadi ,penting bagi saya untuk tahu, pada laju manakah yang paling baik supaya saya dapat pergi dan balik hanya dengan sekali isian sahaja.. berikut adalah bacaan rekod jarak kilometer melawan halaju bagi honda rs150r. Fig 1: bacaan halaju 80km/h dan kadar penggunaan petrol bagi honda RS150R Fig 2: bacaan halaju 90km/h dan kadar penggunaan pet...