Skip to main content

PROTON ISWARA LMST FUEL FILTER: REPLACE WORK

Hi semua,  Salam sejahtera

proton iswara LMST ni dah lama sangat tak tukar fuel filter, jadi tergerak hati untuk check dan tukar.
Sepanjang guna selama 4-5 tahun, tak pernah lagi tukar. Jadi dah memang masanya.

Kebiasaannya, fuel filter perlu ditukar setiap 2-3 tahun sekali (atau 20000-30000 km). 

APA TU FUEL FILTER?

Fungsi fuel filter adalah untuk menapis kotoran dari bahan bakar sebelum bahan bakar pergi ker kebuk pembakaran.

APA PERLU BUAT?

Perkara pertama yang perlu dibuat..adalah membeli spare part fuel filter dahulu sebelum menukar fuel filter lama kepada fuel filter yang baru. Kos fuel filter di online retailer seperti shopee dan lazada  adalah dalam RM10-15 sahaja.

new fuel filter part (sebelum installation dilakukan)

ADA CARA LAIN?

satu option lagi adalah dengan menghantar kereta ke workshop yang berdekatan untuk menukarkan fuel filter untuk anda.

NAK BUAT SENDIRI? MACAM MANA?

Jika memilih untuk menukar sendiri, kita perlu tahu lokasi dimana fuel filter itu diletakkan (rujuk gambar dibawah)
lokasi fuel filter (lihat yang bertanda anak panah merah)


Setelah tahu lokasi, proses penukaran boleh dilakukan. Pertamanya bracket yang memegang fuel filter lama perlulah dilonggarkan. dan besi pengikat fuel hose (ada dua) juga perlu dilonggarkan supaya kedua-dua hose bahan bakar boleh ditanggalkan. Untuk kes ni, terpaksa ambil sedikit masa kerana hose telah keras berikut telah berumur.
fuel filter lama (setelah ditanggalkan)


Setelah fuel filter lama dapat ditanggalkan, gantikan dengan fuel filter baru. Pemasangan semula dalam reverse order.

Seterusnya, check setiap pemasangan bracket dan fuel hose supaya kemas dan ketat bagi mengelakkan kebocoran.

Kemudian, uji kenderaan dengan menghidupkan enjin iswara LMST. 

Hasinya, berjaya,

Terima kasih kerana membaca

Comments

Popular posts from this blog

HONDA RS150 TPS: RPM TAK STABIL BILA NOT ON THROTTLE DAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera Isu TPS ni berlaku pada tahun lepas, Ogos 2020 (milage dalam 24000km, baru dua tahun pakai) sewaktu saya on the way ke KL Masa tu tunggang motor full throttle yang menyebabkan RPM nya selalu mencecah ke CUT-OFF (utk makluman, honda RS150 saya ni tak guna ECU custom, masih guna yang standard). Jadi saya perasan, bila selalu tunggang pada RPM yang sampai CUTT-OFF, ini menyebabkan kesan tak baik pada TPS..jadi utk yang belum jadi problem TPS ni..boleh la cepat ganti ECU ke ECU yang tanpa cutoff. APA TU TPS? TPS bermaksud Throttle positioning sensor..bahasa mudahnya alat ni bertujuan untuk mengesan kedudukan throttle body valve dimana udara masuk ke enjin untuk pembakaran. Dengan itu, baru la ECU tahu berapa banyak bahan bakar yang perlu utk pembakaran berdasarkan bukaan valve tu.  Bila TPS dah problem, TPS akan memberi maklumat yang salah pada ECU berkenaan besar mana valve tu buka, jadi nisbah bahan api dan udara jadi tak betul la. maka, tu yang ja...

HONDA RS150 IACV: IACV PROBLEM? RPM NAIK TINGGI BILA HIDUPKAN ENJIN?

 Hi semua, Salam sejahtera Masalah IACV saya berlaku selepas isu TPS wujud di milage 24000+km..kemungkinan kedua2nya ini saling berkait. Masalah IACV hadir ketika saya on the way balik semula ke Johor, ketika bahan bakar berkurang dari tangki moto. SIMPTOM  ? bila hidupkan enjin honda RS150 saya, RPM akan naik tinggi dan kadang2 sukar dikawal. tengah jalan pun, jika stop di trafik light, rpm akan naik tinggi dan mengaum bising..so, isu ni biasanya disebabkan IACV IACV APA TU IACV? IACV bermaksud Idle Air Control Valve. bahasa mudahnya nak control udara masuk ke ruang pembakaran sewaktu motosikal kita idle (tanpa pulas pendikit atau throttle) iaitu semasa tak bergerak. FUngsi dia mcm choke la pada motor lama yg guna karburator supaya moto mudah di hidupkan dan dalam masa sama injap dikawal dan dikecilkan bila enjin motosikal telah panas. IACV idling control valve (anak panah, lubang udara yang dikawal) APA FUNGSI IACV? Jika kita dah pulas throttle, IACV dah tak digunakan dan va...

HONDA RS150 FUEL CONSUMPTION AT VARIOUS SPEED

Hi semua, selepas sebulan setengah menggunakan honda rs150r untuk ke tempat kerja...berikut dibawah yang dapat saya simpulkan dari segi kadar penggunaan petrol. data diambil menggunakan minyak ron95 dan mix city and inter-city riding. riding kadang-kadang rilex dan kadang aggressive dan ade beberapa trafik light di laluan tersebut. maka, halaju tidak tetap tetapi laju maksimum adalah seperti yang dinyatakan pada bacaan yang dinyatakan.  manakala, pemanduan di highway pula, halaju lebih tetap dan bacaan yang direkodkan di highway adalah semasa ke kuala lumpur. distance dari rumah ke tempat kerja adalah 82 km..jadi ,penting bagi saya untuk tahu, pada laju manakah yang paling baik supaya saya dapat pergi dan balik hanya dengan sekali isian sahaja.. berikut adalah bacaan rekod jarak kilometer melawan halaju bagi honda rs150r. Fig 1: bacaan halaju 80km/h dan kadar penggunaan petrol bagi honda RS150R Fig 2: bacaan halaju 90km/h dan kadar penggunaan pet...